Sunday, September 25, 2011

Baik La Sangat...


Assalamualaikum,

buat renungan diri sendiri dan juga rakan-rakan.
Sesekali diri ini menjadi lemah dengan pandangan sinis seperti "Baik la sangat..." atau pendapat pincang segelintir individu yang suka bersangka buruk terhadap sesuatu kebaikan yang cuba dilakukan. Semangat yang berkobar-kobar tiba-tiba menurun kepada paras sifar. Terasa, kebaikan yang ikhlas itu dicabar melalui sikap pertentangan yang sengaja mahu merendah-rendahkan. 

Tetapi selagi kita berada pada pihak yang benar, jangan pernah mengalah dengan tohmahan dan cercaan orang yang menyalahertikan kebaikan yang cuba kita lakukan. Kebaikan kita itu akan menjadi suatu kebaikan yang bermakna. Pedulikan dia. Selagi kita ikhlas, niat kita akan sampai kepada mereka.

Setiap kebaikan yang kita semai biarpun sebesar zarah, balasannya pasti tertuai setimpal dengan perbuatan yang dikerjakan. kebaikan yang dilakukan itu bukanlah untuk menunjuk-nunjuk tetapi ikhlas dari hati.  Seluruh agama di dunia ini juga menyeru agar seluruh penganutnya agar sentiasa melakukan kebaikan dan mencegah kemungkaran. 

kesimpulannya, Kita harus bersangka baik. Buang sikap prejudis. Dan jangan memandang sesuatu perkara hanya dengan satu jalur pemandangan. Bukalah mata hati kerana pandangan mata sahaja boleh tertipu oleh prasangka kotor.Buat sesuatu perkara jangan mengharapkan balasan. 

Rasullullah SAW bersabda, "Jangan merendahkan kebaikan sekecil apa pun, walau hanya sekadar menyambut temanmu dengan wajah yang manis." - HR. Muslim

No comments:

Post a Comment