Sunday, September 25, 2011

Semester yang penuh dengan dugaan.

Assalamualaikum, 

Kepada para pensyarah dan juga rakan-rakan seperjuangan. Saya memohon maaf di atas kelemahan saya yang menyebabkan nama fakulti tercalar. Walaupun anda semua mengatakan yang itu bukanlah kesalahan saya namun saya tetap juga rasa bersalah kerana sikap dan kecuaian saya yang kurang peka terhadap aktiviti tersebut. Sangat sukar untuk saya lupakan peristiwa tersebut dan sehingga ke saat ini saya tidak dapat melupakan bagaimana rakan-rakan saya yang tidak bersalah turut terlibat dan menerima denda.

Saya sangat-sangat menyesal. Mungkin inilah balasan atas dosa-dosa yang saya lakukan. hatta, merasakan diri terlalu baik dan bijak maka diri menjadi alpa pada Yang Maha Esa. Serta sehingga ke saat ini saya masih berasa trauma dan saya juga tidak tahu kemana menghilang semangat untuk belajar. kedatangan ke dalam kelas mula merosot dan selalu datang lewat. Begitu juga dengan ujian dan peperiksaan markah mula menurun dan kemungkinan besar semester ini saya tidak dapat mengulangi kejayaan semester lalu.

Menyebabkan para pensyarah mula bermasam muka kerana perangai saya yang mula berubah. Mereka memberikan saya nasihat agar saya kembali bersemangat untuk belajar.  Saya cuba untuk melakukan yang terbaik dan melaksanakan apa yang diperintahkan oleh agama namun, saya tidak mampu. Saya mudah terpengaruh dengan hasutan nafsu dan syaitan yang cuba menyesatkan. Terasa diri ini bukan lagi seperti yang dulu. 


Buat rakan-rakan yang rapat. Saya ingin berterima kasih kerana anda masih mahu berkawan dengan saya walaupun saya sudah banyak membawa masalah kepada anda semua. Saya minta maaf kalau selama ini saya tidak membalas senyuman anda. Sangat sukar untuk saya senyum bila berhadapan dengan sesuatu masalah. jadi saya berharap anda semua memahami. 

Kepada Allah S.W.T, diri ini memohon ampun atas segala kekhilafan yag telah dilakukan. Begitu juga kepada keluarga, pensyarah dan raka-rakan sekalian saya mohon maafkan kesalahan saya selama ini kerana takut-takut tidak sempat memohon maaf.


Selamat bercuti kepada rakan-rakan dan jumpa lagi disemester akan datang. Semoga semester akan datang lebih baik daripada semester ini.Wassalam.




No comments:

Post a Comment