Wednesday, March 13, 2013

Aku Harus...

Nampaknya semester ini aku di hantui dengan segala kenangan di masa lalu. Aku tahu masa tidak mungkin berulang kembali. Aku sedih bukan kerana teringatkan segala kepedihan atau duka yang telah berlaku. Tapi kesedihan aku kerana aku tidak lagi mampu untuk mengulangi semula waktu kenangan manis dan indah bersama dengan insan - insan yang di kasihi dan ku sayangi. Aku harus lebih kuat dari sebelum ini, kerana dugaan pasti akan semakin sukar selari dengan peredaran waktu. Walaupun kadang-kadang hati ini terasa seperti di sisihkan namun aku harus lebih tabah kerana siapa lagi yang ingin sayang kalau bukan diri sendiri.

Aku harus belajar untuk menerima takdir namun aku tidak boleh hanya berserah kepada takdir, aku harus berusaha sekuat yang boleh dan berdoa untuk berjaya. Aku tidak boleh menyalahkan orang lain setiap kali sesuatu masalah timbul. Aku harus belajar bagaimana cara untuk menyelesaikan masalah dan bukannya menuduh orang lain yang bertanggungjawab terhadap masalah yang di hadapi. Aku harus belajar bagaimana untuk menjaga hati dan menghormati orang lain, kerana andai ingin di sayangi atau di hormati kita harus menghormati diri orang lain dahulu. Aku harus mengadaptasi apa yang telah di pelajari ke dalam dunia sebenar. Aku harus belajar untuk menjadi seorang yang 'cakap serupa bikin' yang bukan hanya tahu bercakap kosong sahaja atau menjadi 'keyboard worrior'. Aku harus belajar menerima nasihat dan teguran dari orang lain, kerana itu mungkin boleh memperbaiki diri. Aku juga harus tahu bersyukur dengan apa yang ada. Aku juga patut memahami orang lain sebelum ingin diri ini di fahami. Aku wajib meminta maaf sebelum aku ingin di maafkan dan juga memaafkan orang lain.

Sebenarnya, ada banyak lagi yang aku harus belajar dalam kehidupan ini, Aku harus belajar dan terus belajar. Aku mengerti hidup ini hanya sekejap untuk aku, Ajal akan datang jua tidak lambat walau sesaat dan tidak akan pernah cepat walau sesaat. Aku harus belajar dan belajar kerana aku hanya manusia biasa yang punya banyak kekurangan. Salam. - Mr. Y -

No comments:

Post a Comment