Friday, February 4, 2011

“ANA AKHUKUM FI ISLAM” “ANA UKHTUKUM FILLAH”


Pertemuan itu ibarat permulaan sebuah perpisahan
Allah Maha Mengetahui
Apa hikmah kita bersua
Dalam medan tarbiyah
Medan suka dan duka
Dalam usaha meraih Mardhatillah
Bermulanya kita di sini
Mengenal erti ukhwah fillah
Kita diajar,
“Ana akhukum fi Islam”
“Ana ukhtukum fillah”
Kita dididik bahawa ukhwah begini yang indah
Berukhwah kerana Allah
“Ukhwah fillah Abadan abada”
Bersama telusuri jalan dakwah
Laluan yang tidak dijanjikan hamparan baldu indah
Melainkan penuh duri tajam yang sering mengundang gundah
Namun kita masih utuh bersama
Kita masih bisa kuat melangkah
Kerana apa?
Itulah indahnya berukhwah kerana Allah
Tidak pernah rasa lemah bila diuji
Tidak pernah rasa payah bila dicaci
Tidak pernah rasa terasing biarpun sendiri
Tidak pernah rasa kurang biarpun tidak di sisi
Kita memberi apa-apa yang kita punya
Kerana kita tahu apa yang kita punya, kepunyaan mereka jua
Kita berkorban rasa hati kita
Kerana kita yakin sayangnya kita keranaNya
Kita tidak pernah pentingkan diri kerana rasa sayang itu
Cuma kadangkala tersilap caturan
Kerana sudah namanya Insan
Tersetus jua perselisihan
Kerana Allah mahu kita mengerti
Ukhwah itu perlukan pengorbanan
Pengorbanan perasaan, bagi mencetus persefahaman
Pengorbanan harta, bagi membina rasa kebersamaan
Ukhwah fillah mendidik supaya kita tundukkan ego diri
Kerana mendokongi agama perlukan kekuatan bersama..
Bukan seorang, dua atau tiga
Tetapi bersama!
Biar kita jauh di mata
Namun tidak pernah lekang berdoa
Buat kesejahteraan sahabat sahabiah semua
Semoga kuat menempuh arus dunia
Semoga ukhwah kita dinilai baik disisiNya
Semoga kita punya peluang bertemu di sana
Kerana telah tersemat padu di dalam dada
Ana ukhtukum fillah, Abadan abada

1 comment: