Wednesday, March 13, 2013

Aku Harus...

Nampaknya semester ini aku di hantui dengan segala kenangan di masa lalu. Aku tahu masa tidak mungkin berulang kembali. Aku sedih bukan kerana teringatkan segala kepedihan atau duka yang telah berlaku. Tapi kesedihan aku kerana aku tidak lagi mampu untuk mengulangi semula waktu kenangan manis dan indah bersama dengan insan - insan yang di kasihi dan ku sayangi. Aku harus lebih kuat dari sebelum ini, kerana dugaan pasti akan semakin sukar selari dengan peredaran waktu. Walaupun kadang-kadang hati ini terasa seperti di sisihkan namun aku harus lebih tabah kerana siapa lagi yang ingin sayang kalau bukan diri sendiri.

Aku harus belajar untuk menerima takdir namun aku tidak boleh hanya berserah kepada takdir, aku harus berusaha sekuat yang boleh dan berdoa untuk berjaya. Aku tidak boleh menyalahkan orang lain setiap kali sesuatu masalah timbul. Aku harus belajar bagaimana cara untuk menyelesaikan masalah dan bukannya menuduh orang lain yang bertanggungjawab terhadap masalah yang di hadapi. Aku harus belajar bagaimana untuk menjaga hati dan menghormati orang lain, kerana andai ingin di sayangi atau di hormati kita harus menghormati diri orang lain dahulu. Aku harus mengadaptasi apa yang telah di pelajari ke dalam dunia sebenar. Aku harus belajar untuk menjadi seorang yang 'cakap serupa bikin' yang bukan hanya tahu bercakap kosong sahaja atau menjadi 'keyboard worrior'. Aku harus belajar menerima nasihat dan teguran dari orang lain, kerana itu mungkin boleh memperbaiki diri. Aku juga harus tahu bersyukur dengan apa yang ada. Aku juga patut memahami orang lain sebelum ingin diri ini di fahami. Aku wajib meminta maaf sebelum aku ingin di maafkan dan juga memaafkan orang lain.

Sebenarnya, ada banyak lagi yang aku harus belajar dalam kehidupan ini, Aku harus belajar dan terus belajar. Aku mengerti hidup ini hanya sekejap untuk aku, Ajal akan datang jua tidak lambat walau sesaat dan tidak akan pernah cepat walau sesaat. Aku harus belajar dan belajar kerana aku hanya manusia biasa yang punya banyak kekurangan. Salam. - Mr. Y -

Saturday, February 23, 2013

Peneman


Kawan merupakan seorang peneman untuk kita di kala kita berasa susah dan senang. Kawan yang baik akan sentiasa membimbing diri kita ke jalan yang benar. Namun, terdapat juga kawan yang boleh membawa kita ke jalan yang sesat. Terpulang kepada kita untuk memilih kerana kita di kurniakan akal untuk berfikir yang mana baik dan yang mana buruk.

Dalam hidup bersahabat kadang kala kita tidak dapat lari daripada berselisih faham antara satu dengan yang lain. Boleh jadi kawan menjadi lawan dan musuh menjadi kawan. Oleh sebab itu muncul nya ayat yang berbunyi ' jangan terlalu membenci kerana boleh jadi suatu hari nanti orang yang kamu benci itu menjadi orang yang kamu paling sayangi, dan jangan terlalu sayang kerana boleh jadi orang yang kamu sayangi itu adalah orang yang kamu paling benci dalam hidup mu'.
Dari itu, berpada - pada la dalam membenci dan menyayangi seseorang.

Jika di kata embun pagi itu suci,
Suci lagi pengorbanan keikhlasan,
Jika dilihat pulau itu indah,
Indah lagi sebuah pertemuan,
Jika di rasa mutiara itu bernilai,
Bernilai lagi sebuah persahabatan...

Tuesday, February 5, 2013

Apa mau mu?

Terasa cuti kali ini terlalu lama walaupun hanya sebulan lebih saja. Kalau bukan sebab ingin sambung lesen mungkin saya tidak akan pulang. Saya kalau boleh tidak mahu pulang sebelum saya dapat kerja dan tamat kan pengajian Degree saya. Kerana saya tahu mesti akan ada yang kata aku ni buang duit saja pulang. Dan ada juga yang tidak yakin dengan tindakan saya menyambung lagi peljaran ke peringkat degree. Salahkah saya kalau saya menyambung pelajaran. Kalau saja saya mendapat pekerjaan yang dapat menjamin masa depan saya sudah tentu saya tidak akan lepas kan peluang untuk bekerja namun peluang itu tidak pernah muncul. Orang cuma melihat daripada luaran dan dengar daripada orang lain. Apakah itu adil buat saya?. Jika ada peluang yang datang serentak antara kerja dan belajar sudah tentu saya akan pilih kerja tapi yang datang adalah belajar. Saya pun mahu ada kereta, dan rumah sendiri, saya tidak suka terus bergantung dengan ibubapa saya. Tolonglah faham keadaan saya, tolonglah jangan buat saya rasa hilang semangat untuk terus belajar, biar la saya belajar mungkin ini yang Tuhan telah aturkan buat saya. Saya harus terus belajar kerana saya masih lagi kurang ilmu. Walaubagaimanapun, saya tetap berharap yang saya akan dapat kerja suatu hari nanti agar saya dapat bantu diri saya, keluarga dan juga orang lain.

Tuesday, November 6, 2012

Mid Term Break

Cuti Pertengahan Sem. Bersama Saudara
di Sunway Lagoon





Itu lah antara gambar yang dapat di ambil sewaktu berada di sana. Sesuatu yang memang tidak dijangka akan pergi ke sana dalam masa yang terdekat ini. Terima kasih buat saudara yang telah mengajak bersama ke Sunway Lagoon. Ia memang pengalaman yang menyeronokkan dan tidak mungkin di lupakan.



banyak bermain hasilnya ==> DOWN






Aku sudah menjangkakan yang aku akan berasa hampa, tertekan dan malu setelah aku dapat semula kertas ujian dari pensyarah aku. Ini lah akibat terlalu banyak bermain hingga tidak serius dalam pelajaran. Aku juga berasa tertekan dengan beberapa kawan aku yang suka mengata di belakang aku. Kadang-kadang aku terdengar perbualan mereka tapi aku buat tidak tahu kerana aku tidak mahu ada pergaduhan. Kadang - kadang aku terfikir apa yang kita lakukan hari ini akan memberi kesan kepada hari esok. pengajaran buat aku jangan bazirkan masa pada tempat yang tidak betul kerana masa tidak boleh terulang kembali.Bak kata bijak pandai " Masa itu seperti sebilah pedang, jika kamu menggunakannya dengan betul maka ia bleh membantu mu menewaskan musuh di medan perang, namu jika kamu tidak pandai menggunakannya dengan sebaiknya maka kamu yang akan dipenggal menggunakan pedang itu. - aku tidak akan mengalah aku akan buktikan yang aku mampu berjaya seperti orang lain. Kalau mereka boleh bejaya kenapa saya tidak? *_*

Tuesday, June 26, 2012

21st birthday

Alhamdulillah, Syukur ke hadrat Ilahi kerana hri ini genap la umur ku 21 thun.. ^^

Saturday, March 31, 2012

Selesai Misi Diploma


Kenangan terakhir ku bersama rakan - rakan IM110 6A/B

"Kalian Semua akan Selalu dalam ingatan, Semoga kita Semua berjaya serta bahagia di dunia & akhirat  Amin."


     Setelah 3 tahun, belajar sebagai student diploma, kini misi telah tamat. Pelbagai pengalaman suka dan duka telah di rasai sepanjang tempoh itu. Tidak mungkin akan dapat di lupakan untuk selama-lamanya akan ku simpan sebagai kenangan yg cukup istimewa di ingatan. Syukur ke hadrat Illahi, kerana dgn limpah kuniaNya & kasih sayangNya aku dapat menamatkan pengajian. Walaupun kputusan final exam blm keluar namun, aku tetap mnganggap yg ianya telah tamat kerana masa tidak mungkin kmbali semula. 

       Selama 3 tahun itu juga, aku mngenali ramai manusia, aku berinteraksi dengan meraka, aku berkongsi segala rasa dgn mereka, ada yg menyakitkan & ada juga yg amat manis. Kadang-kala aku merasa putus asa untuk belajar & hilang semangat untuk berjaya, namun, aku bersyukur di sebalik rasa itu ada yg mmbantu ku untuk mncapai apa yg telah aku mulakan. Segala ilmu yg ku terima, segala kesakitan yg kurasakan, segala kebahagiaan yg dapat, smuanya dtg drpdaNya. Terima Kasih Ya Allah, Terima Kasih Ayah & Ibu, Terima Kasih Guru2 ku & Penyarah ku, Terima Kasih Ahli Keluargaku, & Terima Kasih Rakan2 & Teman2 sekalian. Hanya Tuhan saja yg mampu membalas jasa kalian.

       Walaupun Misi Diploma Selesai, namun perjalanan ku masih jauh & masih bnyak lagi yg perlu aku selesaikan sehingga lah Malaikat Maut datang menjemputku suatu masa nnti. Semoga segala usaha ku ini diberkati & di redhai olehNya, Tuhan Yg Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang.