Tuesday, February 14, 2012

Aku terima dengan hati terbuka andainya ini takdir untuk kita.

Aku mula mengenalimu semenjak aku mula menjejakan kaki ke menara gading. kita berdua berada di dalam kelas yang sama. Tapi masa itu kita belum saling kenal antara satu sama lain. Saat aku pertama kali melihat mu, tanggapan aku adalah kau seorang yang lemah lembut, baik hati, kuat pegangan agama dan yang penting kau seperti wanita solehah. setelah sekian  lama kita berada di kelas yang sama kita mula saling mengenali antara satu sama lain. 

Bermula dengan kerja kursus yang di berikan oleh pensyarah kita berdua berada dalam satu kumpulan yang sama bersama dengan rakan-rakan yang lain. Aku hanya mendiamkan diri kerana aku malu untuk menegurmu, aku merasa diri ini tidak layak untuk mengenali insan yang solehah seperti mu. Namun, oleh kerana sifat mu yang peramah kita berdua pun menjadi sahabat.

Tidak lama kemudian, aku bertukar kelas untuk satu semester, dan kita mula kurang bertemu lagi. Macam -macam perkara yang  terjadi. Aku mendengar tentang dirimu daripada sahabat -sahabat ku yang lain namun aku hanya mendiam kan diri tidak ku katakan apa-apa kerana ku percaya kau mampu untuk mengatasi masalah yang ada di hadapanmu itu kerana ku percaya Tuhan pasti akan membantu hambaNya yang berada dalam kesusahan. Dari jauh aku hanya mampu melihat dan berdoa.

Kemudian, semester seterusnya aku kembali semula dan kita berdua dalam kelas yang sama. Waktu itu kau dan aku mula semakin rapat kerana hampir semua kerja kursus kita berdua kita di dalam kumpulan yang sama. aku cuba untuk membantu segala yang aku termampu untuk mu. Tidak ku harapkan balasan atau ganjaran melaikan doa untuk kebaikan.  Aku minta maaf kerana aku tidak mampu buat apa untuk membantu mu.

Kini kita berdua sudah semakin menjauh kerana aku tukar kelas. Maaf, bukan ku rancang untuk pindah kelas, aku langsung tidak memikirkan untuk berpindah. Tapi biar lah mungkin ini sudah ketentuanNya, kita hanya mampu merancang tapi tuhan yang menentukan. Semenjak itu kau mula menjauhkan dirimu dari ku, walhal sebelum ini kita berdua kawan baik dan selalu bantu-membantu, namun kini itu hanya tinggal kenangan dalam hati dan ingatan. aku mendapat tahu yang kau sudah berbaik semula dengan jejaka idaman mu. Namun, kau rahsia kan perkara itu dariku. Aku tidak kisah kerana itu hak mu. Aku tau kau tahu yang aku menyimpan rasa sayang pada mu namun rasa sayang itu tidak setinggi kasih dan sayang ku kepada Pencipta diriku ini.

Kau cuba untuk buat aku membenci mu dengan memberi pesanan kepada kawan baik ku, bahawa kau keluar dengan seorang lelaki yang aku memang kenali. Aku tahu niat mu baik kau tidak ingin aku berharap padamu. Walau kini kita semakin menjauh dan kau mula menjauhkan diri aku tahu alasan kau melakukan itu. Aku faham perasaan mu yang kini sedang merindui si 'dia' di kampung halaman mu yang tercinta yang juga kekasih mu.

Kita bersua begitu sahaja, kadang bertegur sapa dan kadang hanya senyuman terukir dan kadang kala kita langsung tidak bertegur umpama tidak kenal antara satu sama lain. Aku tidak tahu apa lagi yang perlu aku katakan. Yang mampu aku buat hanya menerima dengan hati yang ikhlas semua ini terjadi kerana kehendakNya. Walaupun aku dihadapanmu seolah-olah tidak mempedulikanmu tetapi kau tetap berada dalam hati ini. Kau sahabatku. Segalanya sudah di takdirkan. 

Biar la keadaan seperti ini andainya ini terbaik, aku terima dengan hati yang terbuka. Aku berdoa agar kau bahagian dunia & akhirat. Amin Ya Rabbal Alamin. Sekian.



No comments:

Post a Comment