Thursday, February 16, 2012

Satu Ketika

Pernah satu ketika aku berkenalan dengan seorang gadis. Aku dan dia berkenalan melalui halaman 'facebook'. kami berdua mempunyai tarikh lahir yang sama. Dia seorang gadis yang peramah dan dia juga seorang yang baik hati sering mengambil berat tentang orang lain. Disebabkab dulu kami selalu chat bersama maka ada sesetengah daripada rakan kami yang salah anggap terhadap kami berdua. Mereka berpendapat bahawa saya dan dia adalah pasangan sedangkan kami tidak lebih daripada seorang teman.

Saya mengambil berat tentangnya kerana saya menganggap dia seperti saudara saya. Sebelum ini belum pernah lagi ada gadis yang sudi berkawan rapat dengan saya kalau ada pun tidak lama selepas itu kami akan terpisah tanpa berita. Tapi sekarang saya dan dia tidak seperti dahulu lagi, kerana mungkin dia beranggapan yang saya ini terlalu mengongkongnya dan hanya mencarinya bila saya kesunyian.

Walhal, saya selalu sibuk dengan kerja dan tugasan yang diberikan. saya tidak salahkannya, kerana dia tidak berada di tempat saya. Walau apa pun tindakan yang di ambil oleh si dia, sama ada ingin menjauh dari saya atau menganggap saya sebagai satu sejarah hitam bagi dia, tidak mengapa. Biarlah jika itu membuatnya rasa bahagia dan selesa.


No comments:

Post a Comment