Sunday, May 8, 2011

Kasih Mama


     
     Sempena hari ibu ini saya ingin mengucapkan selamat hari ibu untuk mama tersayang dan juga buat mereka yang bergelar ibu. Tanpa ibu kita tidak mungkin berada di muka bumi ini. Bersyukur bagi kita yang masih mempunyai kedua orang tua sayangi lah mereka selagi mereka masih ada dan ada di antara kita yang tidak lagi mempunyai ibu disisi.

     Ibu banyak berkorban demi anak-anaknya. Ibu mengandungkan kita selama 9 bulan menahan kepayahan dan kesakitan sewaktu melahirkan kita. Namun, ibu senyum bila melihat kita selamat walaupun ibu merasa kesakitan sewaktu melahirkan kita. Ibu juga sanggup berlapar demi anak-anaknya. Bila kita sakit ibu lah orang yang paling risaukan tentang kita. Ibu sanggup bersengkang mata untuk membantu ayah mencari duit demi anak-anak yang kian membesar. Kita di belikan baju baru setiap kali hari raya namun cuba lihat pada pakaian ibu setiap tahun tidak berubah kerana apa?....kerana ibu pentingkan anak-anaknya lebih dari dirinya sendiri.

Cuba tanya pada hati kita, adakah insan lain yang sanggup berkorban sebegitu rupa demi kita, selain dari ibu??
"Jawapannya tepuk dada tanya la hati..."

     Pastinya hampir semua daripada kita menyayangi ibu kita kerana kita sedar ibu lah orang yang paling berjasa dalam diri kita. Sama-sam kita berdoa semoga ibu kita di pelihara daripada segala kejahatan dan di beri perlindungan serta di permudahkan segala urusan mereka. Selain itu, semoga mereka bahagia di dunia dan di akhirat. Saya mengingatkan diri saya sendiri dan sahabat-sahabat sekalian sayangilah ibu kita kerana syurga terletak dibawah kaki ibu.




No comments:

Post a Comment